Assalammualaikum. Terima kasih kerana melayari wadah penulisan ini. Ianya diwujudkan hanya semata-mata dengan limpah dan rahmatNya sahaja. Perkongsian ilmu dan tegur menegur harus dilakukan demi mencari kekuatan diri dalam memperhambakan hidup ini kejalan yang berbetulan dengan susunan ALLAH swt. Moga kandungan yang ada didalam ini memberi manfaat kepada kita dalam hidup yang serba daif ini.

Insya Allah.

Isnin, 23 Mac 2009

Salam Perkenalan


Alhamdulillah, dengan izin-Nya hamba yang hina, daif, jahil lagi banyak dosa ini berjaya membuka sebuah blog penulisan untuk kita berkongsi ilmu yang mana ianya hadir hanya semata-mata dengan limpah rahmatNya jua. Tanpa keizinanNya tidak mungkin perkara yang mustahil boleh berlaku begitu jua dengan perkara yang tidak mustahil.

Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w serta seluruh ahli keluarganya dan para sahabat juga kepada Ahlullah yang bertebaran dimuka bumi Allah ini jua.

Penulisan maya ini digerakkan hanya untuk perkongsian ilmu, tiada maksud lain melainkan ilmu Allah jua. Kami berharap ianya mencapai maksud perkongsian ilmu dalam keadaan kita untuk cuba memperbaiki diri menjadi hambaNya dalam menuju kepada Allah semata-mata dengan keberkatan dan keagungan serta kebersaranNya jua.

insya Allah.